Sebenarnya siapakah yang menderhaka dan petualang rakyat? Dato Onn Jaafar datuk kepada Hishamudin juga seorang penderhaka. Beliau pengasas UMNO pada tahun 1946. Keluar dari UMNO menubuhkan dua buah parti, iaitu Independen dan Parti Negara menentang UMNO yang ditubuhkan olehnya sendiri.
Dato Onn masuk pilihan raya menentang UMNO, beliau bertanding di Terangganu dan menang satu kerusi parlimen di sini. Bapa beliau sendiri, Tun Hussein Onn sendiri tidak bersama UMNO sehingga akhir hayat kerana marahkan Mahathir menubuhkan UMNO[Baru] pada tahun 1988.
Mahathir Mohamad lebih dasyat dari itu, selepas beliau dipecat oleh Tengku Abdul Rahman Putra selepas peristewa 13 Mei 1969, beliau bertindak menentang Tengku dengan menulis surat dan menyebarkan ke seluruh Negara mengecam tindak-tanduk Tengku menguruskan UMNO dan cara Tengku menyelasaikan masalah.
Menyusup masuk ke universiti-universiti mempengaruhi para pelajar menentang UMNO. Anwar salah seorang pelajar di UM terpengaruh dengan tindakannya, membatu Mahathir berkempen, mencetak dan mengedar risalah-risalah menentang UMNO. Mahathir mengunakan platform PAS berceramah menghentam UMNO.
Mahathir pergi ke luar negeri menghasut pelajar-pelajar di sana supaya bangkit menentang kepimpinan UMNO ketika itu yang diterajui oleh Tengku. Dengan bantuan Allahyarham Dato Harun Idris, Tun Razak pungut balik beliau masuk ke dalam UMNO semula sehingga beliau berjaya menguasai Negara ini selama 22 tahun .
Pada tahun 1988, Mahathir mengharamkan UMNO asal UMNO 46, walaupun beliau mempunyai kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri menggunaan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan, tetapi beliau enggan kerana beliau mempunyai kepentingan peribadi untuk menyahkan Tengku Razaleigh Hamzah dan orang-orangnya dalam UMNO asal kerana beliau takut berhadapan dengan Ku Li sekali lagi dalam pertandingan merebut kerusi Presiden UMNO [ Mahathir hanya menang 43 undi sahaja dalam pemilihan Presiden pada tahun 1987 ].
Kenapa Mahathir tidak dianggap sebagai penderhaka. Bagaimana pula dengan Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama dengan Rais Yatim, Zainal Abidin Zain, Radzhi Sheikh Ahmad, Shahril Samad dan ramai lagi keluar dari UMNO menubuhkan parti SM46 menentang UMNO dalam pilihan raya tahun 1990.
UMNO hampir kecundang dalam pilihan raya tersebut, disebabkan Ku Li tersalah strategi memakai tengkolok yang berlambang salib menyebabkan UMNO menggunakan media massa menghentam Ku Li, tetapi Ku Li tidak boleh counter attack kerana tidak ada kemudahan media dan UMNO kehilangan Kelantan sampai ke hari ini dan tahun 1995 Ku Li sekali menentang UMNO, kenapa mereka yang ada dalam UMNO hari ini dan juga yang ada dalam karbinet Pak Lah tidak boleh dianggap sebagai "penderhaka".
Pada Anwar, beliau belum lagi mengambil tindakan sepertimana yang pernah dilakukan oleh Mahathir dan Ku Li. Beliau dikurung hampir 6 tahun dalam penjara, menempoh pelbagai kesengsaraan dan kesakitan sebelum ia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 yang lalu.
Mahathir tidak pernah melalui semuanya itu, walaupun ia bertindak mengutuk, mengencam dan menghina UMNO dan kepimpinannya. Tengku tidak mengambil sebarang tindakan sepertimana yang beliau lakukan terhadap Anwar. Beliau bebas bercakap, bebas berkempen dalam dan luar negeri menghentam UMNO.
Jadi, apa yang sebenarnya yang menakutkan mereka? Saya cuba memfokuskan ketakutan setengah-tengah pemimpin UMNO terhadap kemunculan semula DS Anwar Ibrahim dipersada politik tanah air kerana ia boleh mengancam pemimpin-pemimpin yang rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat.
Ini yang sebenarnya yang menjadi igauan dan menghantui mereka yang gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan. Kita lihat satu persatu kes-kes rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang ada dalam rekod Anwar.
Pertama, kes rasuah Rafidah Aziz. Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembagian saham Bumiputra di MITI.
Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangi oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawaah seksyen 2(2), Ordianan 22, 1970 sepertimana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun, iaitu:
* Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI [ Jawatan yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputra Kementerian Perdagangan dan Industr Antarabangsa ], beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Sayarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd. Nor
* Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan. * Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.
* Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.
* Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar. Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor, Ketua Pemuda Keadilan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA ] dan didapati bersalah dihukum penjara dua tahun merengkok dalam penjara Kajang dan beliau kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.
Kedua, kes rasuah dan menyalahgunaan kuasa oleh Khalil Yaakob. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah Datuk Fauzi Abdul Rahman pada 23.3.2001 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di hadapan ACP Ghazali Md. Amin berhubung salah guna kuasa mantan Menteri Penerangan dan mantan Setiausaha Agung UMNO.
Khalil Yaakob ketika itu beliau memegang jawatan Menteri Besar Pahang telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang di antara tahun 1986 hingga 1999 yang katanya boleh menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai kerajaan negeri Pahang sebanyak RM300 juta hingga RM900 juta setahun yang sebab dibuka lebih awal.
Kini Khalil Yaakob dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Melaka [Gabenor] sebagai menghargai jasa-jasa beliau yang pandai memerintah negeri Pahang Darul Makmur, yang makmor dengan hasil-hasil hutan dan perjudian.
Tempat perjudian terbesar di Asia terletak di Genting Highland dalam negeri Pahang yang sultannya adalah ahli UMNO. Ketiga, kes rasuah Rahim Tamby Chik. Anwar juga telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 12:20 tengah hari di Balai Polis Tun H.S Lee Kuala Lumpur berhubung tuduhan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994.
Dokumen tersebut menyatakan bahawa terdapat kes Prima Facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut:
Tuduhan Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengistiharkan kepentingannya.
Tuduhan Kedua: Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot 1727
Tuduhan Ketiga: Tidak mengistiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.
Tuduhan Keempat: Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengistiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193. Harta dan kepentingan Dalam Syarikat : Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam pulohan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:
1. Hotel Ayer Keroh D'Village.
2. Stesen Pam Minyak Shell.
3. Lot 706 yang dijual kepada EON.
4. 17 anak syarikat Daya Promile
5. 53 ekar dusun durian di Bertam.
6. Rumah kedai di Mesjid Tanah
7. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
8. Peringgit Point.
9. Taman Buaya Melaka
10. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
11. Taman Ikan Melaka Kereta-Kereta: 1. BMW 525 harga RM 180,000.00 2. Porche 928 harga RM 448,495.00 3. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00 Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.
Keempat, tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor. Laporan kes rasuah terhadap Dr.Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ini dibuat secara detail dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR, di Putrajaya oleh Ahmad Lutfi Othman pada 23.10.2001.
Sekali lagi pada 8.11.2003 setelah sumber dari BPR Putrajaya menyatakan laporan Lutfi pada 23.10.2001 hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi [ berlainan pula dengan kes yang berlaku di Terangganu semasa PAS memerintah hasil perbincangan dalam Dewan berkaitan pembalakan, BPR bertindak pantas walaupun ia hanya dibekalkan dengan makluman bukan aduan rasmi ].
Sekali lagi Lutfi membuat laporan pada 9.11.2001 di BPR Shah Alam kepada Penguasa Azni Yahya. Aduan tambahan pada hari Selasa 4.12.2003 jam 10.30 pagi berkaitan pembelian tapak banglo di lot no.14 jalan 2/1 G. Lagi laporan dibuat laporan polis dan BPR pada bulan Mei 2002 terhadap salahurus pembelian kereta rasmi MB dan exco yang tidak mengikut peraturan.
Di antara dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman ialah :
* Pembinaan projek Jalan cross Ban 4 di Sungai Panjang [ B44 ] oleh Syarikat Meram Holding Sd. Bhd yang bernilai RM92.5 juta.
* Mesyuarat EXCO pada 20.12.2000 yang dipengerusikan oleh Dr.Khir Toyo meluluskan permohonan tanah di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada 4 syarikat yang berbeza, tetapi mempunyai seorang pengarah yang sama.
* Mesyuarat EXCO pada 4.7.2001 yang dipengerusikan oleh Dr. Khir Toyo meluluskan kepada 4 pemohon berumur awal 20an tanah seluas 50 ekar setiap satu .
* Persoalan yang timbul bagaimana pemohon yang sama boleh berjaya mendapat tanah lebih dari sekali Kini Khir Toyo perasuah No 1 Selangor ini mendapat undi No 1 dalam MT. Kelima, ingatkah pembaca-pembaca sekalian ketika Pemilihan Ketua Puteri UMNO pada 1 November 2002 yang lalu.
Azalina ini didakwa melakukan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasanya untuk kepentingan peribadinya sebagai Ketua penaja Puteri. Salah seorang AJKnya, Elly Zalilah Yusof telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfeilds mengenai kepincangan yang dilakukan oleh Azalina. Azalina didakwa mendaftar 4 buah van milik Puteri UMNO di bawah nama orang yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu. 2 buah van tersebut didaftar dengan nama abangnya dan dua buah lagi, didaftar dengan seorang sahabat karibnya.
Di samping itu, Azalina juga dituduh membuka tiga akaun berasingan pergerakan itu untuk kepentingan peribadinya. Dalam pada itu mengikut cerita Elly lagi, Azalina juga didakwa membawa masuk sahabat karibnya iaitu Datin Sabarina yang bukan ahli Puteri untuk memporak-perandakan barisan exconya yang tidak sehaluan dengannya.
Datin inilah yang didakwa mempunyai hubungan CINTA dengan Azalina sepertimana yang diceritakan oleh Khalid Jeffri dalam akhbar tabloid Perdana Sari. Khalid menuduh Azalina seorang lesbian. Tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap Azalina ataupun Khalid sendiri.
Ini bertentangan dengan apa yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim, yang mana manusia Khalid ini juga yang menulis buku 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM yang diedarkan di Perhimpunan Tepok Amai-amai pada bulan Jun 1998.
Malah buku ini turut disebarkan ke seluruh Negara dengan pos percuma kepada orang-orang tertentu seperti tok-tok imam, ketua ketua, kampong, JKKK, institusi-institusi tertentu, pemimpin-pemimpin politik tempatan dan sebagainya yang akhirnya membawa Anwar dipecat dari UMNO dan jawatan-jawatan kerajaan yang disandang olehnya pada ketika itu dan berakhir ke dalam penjara.
Mahathir membela Azlina dengan memberi kedudukan yang tinggi dalam politik UMNO sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan meminggirkan beberapa orang Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Besar yang lebih berjasa dan berpengalaman dari Azalina. Azalina menjadi buah hati dan pengerang jantung Mahathir Mohamad.
Azalina diselamatkan oleh Mahathir dan diberikan pula kedudukan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan. Keenam yang teramat bahaya ialah laporan rasuah dan menyalahguna kuasa yang dilakukan oleh bapa segala rasuah yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Berikutan persaraan Mahathir sebagai PM ke 4 pada 31.10.2003, 15 laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh pemimpin-pemipin dan penyokong PAS dan Keadilan mengenai jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah.
Di antara laporan yang dibuat di Balai Polis [BP] Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang Wangi, Jalan Stadium, Kuala Lumpur oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin bin Ayob dan Ketua Pemuda Keadilan, Mohamad Ezam bin Mohd.Noor. BP Kuala Terangganu oleh Naib Ketua PAS Negeri, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, jam 5.00 petang.
Di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Haji Zulkifli Yaakob dan Ketua Pemuda Keadilan Negeri, Zaman Khasari Ibrahim, jam 3.20 petang [ sebaik saja upacara angkat sumpah jawatan di Istana Negara selesai ]. Di Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuantan oleh Ketua Pemuda PAS dan Keadilan Negeri, Ustaz Nasarudin Hassan dan Razali Alias, jam 5.00 petang bersama-sama dengan 30 penyokong.
Di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang oleh Ketua Pemuda PAS, Azizi Ayob, jam 4.45 petang dengan disertai 40 orang penyokong. Di BP Central Johor Bharu oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri, Haji Zulkifli Ahmad dengan 14 penyokong pada jam 5.00 petang dan di Sabah, di BP Daerah Kota Kinabalu oleh Andy Alwi Asis, Ketua Penerangan PAS Negeri pada jam 5.10 petang.
Berikut ini adalah siri-siri penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri telah melakukan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh tersebut:
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes: Pemberian saham oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara; Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur; dan sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN Penyiasatan kes Perwaja dan Tan Sri Eric Chia; Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF; Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman; Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu; Penyiasatan kes Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320; Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik Umno/BN; Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat Umno, PWTC Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
Pengambilalihan syarikat Umno, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta; Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation; Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);
Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom; Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS; Memaksa Petronas membeli saham Proton;
Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang; Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain; Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian;
Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;
Kes anak Datuk seri Dr Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun; Penglibatan keluarga Tun Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan; dan Penglibatan adik dan anak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik BN; Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001); Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002); dan Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa Campur tangan terhadap tugas-tugas polis; Mengganggu penyiasatan BPR; Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara; dan Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti: Keruntuhan makmal computer; Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama; Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat; Keretakan PULAREK; dan Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas;Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifan Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT; Kerugian pelaburan Tabung Haji; Kerugian RM15b Bank Negara; Kerugian RM40 juta AIM; Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera Menutup dua MRSM di Terengganu; Menutup sekolah agama rakyat; dan Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah. Atas beberapa keadaan inilah maka kami berpandangan bahawa:
Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri; Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN; Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera. Ketujuh kisah Najib Tun Razak.
Jangan lihat Najib hari ini, tetapi lihat Najib 10 dan 15 tahun sebelum ini. Baca kembali surat-surat layang dan juga buku politik yang melukiskan warna sebenar kehidupan Najib. Baca buku yang dituliskan Mokhtar Ahmad (Allahyarham) berjudul Skandal Najib Tun Razak. Cari buku yang heboh diperkatakan menjelang pilihan raya umum lalu berjudul Skandal Najib Ziana Belek kembali fail perceraian Najib dengan Puteri Zainah (Ku Yie) serta fail pembicaraan mereka di mahkamah Syariah.
Dan kalau berani atau ikhlas untuk mengenali Najib sila berjumpa dengan Ku Yei jandanya di Jalan Maktab off Jalan Gurney Kuala Lumpur. Ku Yie akan menceritakana segala-galanya tentang Najib dan Rosmah. Jangan lupa semak balik rekod perkhidmatan Najib semasa menjadi MB Pahang, berapa banyak wang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang (SEDC), Aspal dan lain-lain lesap. Ingat semula kepada kisah pertemuan dan percintaan Najib dengan Rosmah Mansor.
Siapakah Rosmah semasa Najib mengahwinkan Rosmah? Jangan pula kerana Najib sudah pandai menyebut perkataan InsyaAllah, Allahamdulilah istiqamah dan beberapa patah bahasa Arab lagi yang diajari Zahid Hamidi kita mudah cair dan melupai akan segala kesalahannya.
Kesimpulannya, sebenarnya Hishamudin [mendapat jawatan tidak pernah melalui pertandingan , mendapat jawatan penuh selesa] telah dipergunakan oleh Najib sebagaimana Zahid dipergunakan oleh Anwar untuk menimbulkan isu kroni dan nepotism.
Sebenarnya mereka takut akan bayang-bayang Anwar yang akan bertindak menghumbankan mereka ke dalam penjara dan mereka akan kehilangan keistimewaan yang mereka nikmati sekarang ini. Itu sahaja sebabnya yang mereka beria-ia benar menghalang golongan yang berusaha untuk membawa balik Anwar ke dalam UMNO. SEBENARNYA SIAPA PENDERHAKA DAN PETUALANG RAKYAT?
2 comments:
Full of new info..tapi aku yakin UMNO xheran..selagi periuk nasi mereka ditanggung..selagi itulah UMNO dijunjung..bila UMNO dah xdpt nak beri apa2 lagi..baru depa keluar dari UMNO..hahaha..
artikel yg panjang edit laa bro buat 2-3 atau 4 posting. ni cam sampah la aku ingat TGNA pun konpius baca..
Post a Comment