Janganlah UMNO nak kelirukan orang dengan ayat Quran. Inilah perangai umno, baca Quran sekerat-sekerat. Kemudian ambil ayat yang nampak pihak tang dia. Tafsir ikut dan. Ayat puasa ambil, ayat aurat tolak. Ayat zakat ambil, ayat judi, arak dan riba tolak. Ayat nikah lebih ambil, ayat hudud tolak. Munafik umno ni.
Surah An-Nisa' ini perlu di baca bersama ayat sebelum dah selepasnya. Barulah lengkap. Ini hang kutip ayat 59, pastu terus tafsir cara jahil. Hang ni dah la sesat lagi menyesatkan. Bertaubatlah segera.
Biaq aku bg kuliah tafsir sikit. Dengaq baik2. Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 58-61:
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan SEGALA jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
60. Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.
61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Sekarang lihat betapa pentingnya memilih pemerintah yang taat kepada Al-Quran dan Sunnah? Barulah syarat2 berikutnya terpakai. Bukan macam UMNO yg kata Malaysia surrender laksana undang2 Islam sebab kununnya undang2 Islam tidak adil kerana berbeza-beza di Iran, Arab, Iraq dan bla..bla.
Kalau ikut kepala hotak UMNO yang bingai tu silap2 semua hukum tuhan tak boleh dilaksanakan kerana ada empat mazhab. Hudud dia kata berbeza, solat berbeza, puasa berbeza yang peliknya undang2 kristian di mahkamah elok pula dia junjung.
Dalam ayat tersebut, dapat kita lihat bahawa perintah ‘taat’ (obey without hesitation) hanya diberi kepada Allah dan Rasul, kerana Allah dan Rasul tidak akan melakukan kesilapan. Umno secara terang2 tolak hukum Allah. Baik dari pakaian, ibadah, kewangan semua Umno engkar. Hukum Hudud dari dulu pemimpin Umno tolak dan hina.
Dalam konteks Surah An-Nisa ayat 60, Allah jelaskan jika pemimpin tidak memenuhi ciri-ciri di dalam ayat 58, maka Al-Quran telah cop mereka sebagai munafik.Apabila berlaku pertelagahan dan perbezaan pendapat, kita disuruh untuk kembali kepada asal perdu yang harus ditaati. Dengan kata lain, Allah dan rasul adalah top priority dan menjadi sumber rujukan utama.
Ayat 61, jelas mengingat bahawa pemimpin yang tolak undang2 Allah adalah pemimpin yang munafik.Umno tolak undang2 Allah. Hina dan halang Kelantan dan Terengganu laksana Hudud, maka Umno mempunyai ciri-ciri munafik yang kuat. Hendak berbincang dengan orang munafik sangat bahaya. Bukan tak boleh tapi kena berhati-hati.
Jadi keputusan Tuan Guru Hadi Awang memilih untuk tidak meneruskan perbincangan kerana sejak dari awal kemunafikkan Umno telah kelihatan. Oleh itu, adalah satu keputusan yang sangat tepat yang berasaskan formula dari surah An-Nisa ayat 58-61.
Harapnya pencacai umno tidak mentafsir ayat Al-Quran secara jahil.
2 comments:
salam,
pertama kali jengok blog Lan, Hebat .... tapi keras sangat lah
Saya bukan nak komen, OK jika itu cara tuan.
Razif Sekretariat,
Wsalam. Terima kasih. Selamat datang.
Ini blog yg keras buat pencacai umno yg keras kepala dan benak hati akibat kuat tonggang minuman keras..
Post a Comment