Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?" * Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?*
Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocaust?* Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?
Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddan Hussein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat.
Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Republik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.
Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Digarap dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia Islam abad ini dengan lebih dekat.
Saya cuba memahami siapakah Ahmadinejad yang diangkat sebagai Presiden Iran yang sebenarnya. Dan buku ini berjaya menerangkan dari mana dan ke mana hala tujuan seorang yang bergelar Presiden namun beliau masih begitu rapat dengan kehidupan rakyat di negara pimpinannya.
Buku ini juga mengukuhkan sokongan saya kepada Ahmadinejad menerajui sebuah negara Islam.
No comments:
Post a Comment