Sudah seminggu aku menapak di Kuala Lumpur. Nak balik Jeniang, satu kampung keluarga aku lepak di sini. Selagi banjir tak surut, nampaknya puas la aku turun naik shopping complex bagi meredakan perasaan anak mak mentua aku.
Kuala Lumpur sekarang dengan 8 tahun lalu sangat berbeza. Ketika di London aku hanya dengar berita melalui media sahaja. Paling kerap aku ber'sms' dengan kawan-kawan yang menyangka aku masih lagi di Kuala Lumpur. Ketika berlaku zaman reformasi kes Anwar kena pecat, aku fikir Kuala Lumpur akan terlungkup. Tetapi rupa-rupanya kesan perubahan pemikiran rakyat telah merubah lanskap politik, ekonomi dan sosial Kuala Lumpur.
Pernah aku ditanya apa bezanya Kuala Lumpur dulu dan sekarang mengikut padangan aku. Hm, bagi aku beza yang ketara ialah ....
No comments:
Post a Comment