Ini cerita pasal dua MP.
Mula bertengkaq pasal Isu Nama Allah. Sorang kata lagu ni, sorang kata lagu tu.
Sudahnya jadi entah apa-apa.
Isu sekarang, apasal mamat dua ekoq ni tak paham2 perasaan penyokong dan petugas parti.
Kut ya pun nak berdebat ke, berbahas ke, muzakarah ke, awat tak guna platform yang betul? Sembang kemas. Cabar orang berdebat dasyat. Tapi depa berdua? Yang pi cabar mencabar setakat dalam blog tu apa hal?
Turun la jumpa face to face. Tak puas hati luah la sama2 masa jumpa. Kata Pakatan Rakyat. Mana pakatnya? Mana rakyatnya? Takkan la itu pun penyokong pulak nak ajaq!
Dengan Umno bukan main lagi ajak berdebat secara live. Tapi sama sendiri main jawab-menjawab dalam internet aja? Ni apa kes?
Respek la sikit dengan pimpinan. Malu la sikit dengan penyokong. Hormat la sikit pada jemaah. Macho la sikit dengan lawan. Awak berdua tu ahli Parlimen. Bukan Adun yang jaga dua tiga buah kampung. Tapi MP yang jaga dua tiga buah DUN!
DAP tak bersuara pun. MIC belum kata apa pun. MCA buat dont know aja. Tapi sesama islam duk bekelahi tak tahu punca. Masing2 tunjuk ketegaq. Kalau sekali dua isu tak pa la. Ini setiap ada kali isu Islam mesti dua ekoq ni buat hal. Kalau masalah selesai tak pa lah. Ini tidak, depa yang berkelahi parti yang susah. Isu tak selesai2 jugak.
Ya, semua orang Islam sensitif. Tapi tak perlulah nak tibai kawan sendiri. Mana hemahnya. Mana santunnya. Ingat apa, dengan berbalas-balas tuduhan macam tu isu boleh selesai? Musuh hari2 duk gelak. Penyokong hari2 terpaksa cover. Mamat dua ekoq dari dulu sampai la ni buat ikut suka depa aja. Tak senonoh betui hang pa ni.
Huh, letih aku macam ni!!
No comments:
Post a Comment