Wednesday, January 6, 2010

Celaka Wartawan Ini

Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

GAMBAR

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya... http://mstar.com.my/

--------------------------------------------------------

Biadap dan celaka sungguh kamu wahai wartawan.
Inikah sikap kamu sesama Islam?
Sekalipun isu mahkamah ini berita buat kamu, dimanakah akhlak kamu hingga sanggup menyiarkan wajah wanita yang dianiya ini?
Celaka wartawan berita ini.. memang celaka!


Aku sedih.
Biadap sungguh wartawan ini menunjukkan gambar perempuan Islam dengan kenyataan 'kena liwat'.

Aku sedih.
Ramai yang mempertahankan nama Allah.
Tapi, tiada seorang pun yang pertahankan suruhan Allah agar menutup aib wanita Islam yang dizalimi ini.

Aku sedih.
Muka penjenayah kelas atasan ditutup.
Muka pemimpin politik yang rasuah ditutup.
Muka wanita Islam yang teraniaya ini di dedah besar-besaran.
Mana lelaki muslim yang wajib mempertahankan aib wanita Islam ini?

Aku sedih.
Sekalipun wanita ini isteri kepada ahli Umno yang dayus, tidak bolehkah kita bantu menutup aib wanita Islam ini.

Aku sedih.
Gambarnya dieksploitasi dengan tajuk berita yang cukup mengaibkan.
Apalah nasib wanita ini di masa akan datang.
Kesian ahli keluarganya. Anak-anaknya. Ibu bapanya.

Aku sedih.
Sikap kemanusiaan wartawan Islam ini menghampiri sikap kehaiwanan yang tidak bertanggungjawab.
Tergamak dia melihat wajah wanita Islam ini ditatap oleh seluruh dunia.

Aku MARAHHH.......!!!!

Monday, January 4, 2010

Hoi Zul Nordin, Hoi Khalid Samad!










Ini cerita pasal dua MP.
Mula bertengkaq pasal Isu Nama Allah. Sorang kata lagu ni, sorang kata lagu tu.
Sudahnya jadi entah apa-apa.

Isu sekarang, apasal mamat dua ekoq ni tak paham2 perasaan penyokong dan petugas parti.

Kut ya pun nak berdebat ke, berbahas ke, muzakarah ke, awat tak guna platform yang betul? Sembang kemas. Cabar orang berdebat dasyat. Tapi depa berdua? Yang pi cabar mencabar setakat dalam blog tu apa hal?
Turun la jumpa face to face. Tak puas hati luah la sama2 masa jumpa. Kata Pakatan Rakyat. Mana pakatnya? Mana rakyatnya? Takkan la itu pun penyokong pulak nak ajaq!

Dengan Umno bukan main lagi ajak berdebat secara live. Tapi sama sendiri main jawab-menjawab dalam internet aja? Ni apa kes?

Respek la sikit dengan pimpinan. Malu la sikit dengan penyokong. Hormat la sikit pada jemaah. Macho la sikit dengan lawan. Awak berdua tu ahli Parlimen. Bukan Adun yang jaga dua tiga buah kampung. Tapi MP yang jaga dua tiga buah DUN!

DAP tak bersuara pun. MIC belum kata apa pun. MCA buat dont know aja. Tapi sesama islam duk bekelahi tak tahu punca. Masing2 tunjuk ketegaq. Kalau sekali dua isu tak pa la. Ini setiap ada kali isu Islam mesti dua ekoq ni buat hal. Kalau masalah selesai tak pa lah. Ini tidak, depa yang berkelahi parti yang susah. Isu tak selesai2 jugak.

Ya, semua orang Islam sensitif. Tapi tak perlulah nak tibai kawan sendiri. Mana hemahnya. Mana santunnya. Ingat apa, dengan berbalas-balas tuduhan macam tu isu boleh selesai? Musuh hari2 duk gelak. Penyokong hari2 terpaksa cover. Mamat dua ekoq dari dulu sampai la ni buat ikut suka depa aja. Tak senonoh betui hang pa ni.

Huh, letih aku macam ni!!