Sunday, September 13, 2009

UMNO PARTI YANG 'PELIK'

Aku betul-betul pelik. Parti 'pelik' ini tak boleh disebut dalam bahasa melayu. Kalau di sebut bunyinya United Malays National Organization. Sedangkan nama parti ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Kenapa tidak disebut PEKEMBAR?

Jawapannya mudah. Parti ini adalah tajaan British. Parti ini muncul selepas British bimbang terhadap perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakub dalam tahun 1937.

KMM berjuang menentang Malayan Union (MU) agenda penjajah British. Kemudian Dr. Burhanuddin Helmy menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dalam usaha meneruskan perjuangan kemerdekaan kerana KMM telah dicap penjajah dan tidak boleh bergerak.

British mula memainkan agenda jahat. PKMM diganggau oleh tali barut British. Lalu berlakunya perpecahan di dalam PKMM. Ini menyebabkan UMNO lahir. Sesuai dengan agenda British, nama UMNO diguna pakai. Sebaliknya, jika ia terbit dari pejuang-pejuang melayu sudah pasti nama parti itu akan ditulis dalam jawi atau disebut dengan singkatan melayu.

Oleh kerana UMNO lebih condong menerima agenda penjajah termasuk perlembagaan dan undang-undang penjajah (British) maka British lebih suka terhadap UMNO kerana pengaruh mereka masih boleh bertapak walau mereka sudah mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu.

3 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya.

Scholars83 said...

UMNO nnti klu dah xde duit...baru akan bubar parti tu..depa xleh survive tanpa duit...

Lan Jeniang said...

Selamat Tahun Baru Brader Pyan!