Wednesday, July 1, 2009

CATATAN ANAK RANTAU


Tadi, bilik aku telah dihuni oleh seorang pelajar dari University of Warwick yg juga merupakan sahabat lama aku di Jordan. Untuk pengetahuan, University of Warwick telah mula bercuti selama 5 minggu. Aku? Lagi 2 minggu baru cuti, sabar2. Dr. Shah pula akan pulang ke Malaysia selama sebulan, waaa, jeles!



Dr. Shah sampai ke stesen tube Gloucester Road sekitar jam 11 malam. Dah mengantuk aku time tu, cis! Namun, ku gagahkan jua mengharungi kesejukan malam yang menggigit untuk membawa rakanku ini pulang ke istana aku yg serba sederhana ini. Kami berborak girang sambil mengutuk umno sehingga tidak sedar, hampir pukul 2 pagi rupanya.

Kami bangun sekitar jam 4.50 pagi untuk bersolat Subuh. Subuh di UK sekarang dah makin awal, start jam 4.23 pagi dan berakhir jam 6.15 pagi. Cabaran yg perlu aku hadapi, yeah!

Kemudian, kami breakfast sikit, pastu, kami sambung balik tido, wahaha. Menjelang jam 9 pagi, kami bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekitar London. Disebabkan Dr. Shah nak beli jersey bola, aku membawa beliau menaiki bas 14 ke Piccadily Circus, untuk membeli baju di Lillywhites. Alhamdulillah, bertemu dengan baju yg diingini.



Kemudian, kami sekali lagi menaiki bas 14 menuju ke Harrods. Dr. Shah ingin membeli cenderahati untuk ibu dan bapanya. Sungguh best di Harrods ni. Sekaki payung berharga 195 pounds! Namun, setelah kami mencari2 barang yg 'agak murah', akhirnya, Dr. Shah membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang ke negara tercinta. Bangga beliau memegang dua plastik Harrods!

15 comments:

Lumut Pagi said...

jeniang kedah...?
sdr dari sana..?

Lan Jeniang said...

Ya, kampung yang sentiasa dirindui.

benludin said...

wow..kota london...

from jeniang to lundang??

Lan Jeniang said...

benludin,

from jeniang with love..

azmietaha said...

ASSALAMUALAIKUM. aNA JUGA DARI JENIANG, TAPI SEKARANG MENGIKUT PAK MALAU BERDAGANG DI KAJANG.

3helang said...

saya suka baca ulasan anda dekat "depakata"" anda seorang yang hebat teruskan..

Pyanhabib said...

waw, lan jeniang `budak london'!

Basuh Baju said...

jeniang to harrods? fuh..

Basuh Baju said...

jeniang to harrods? fuh..

Lan Jeniang said...

azmietaha, Walau ke hujung dunia kita berdagang pangkalnya tetap di Jeniang.

Lan Jeniang said...

3helang, Depakata betoi2 dah jadi Depakata. Depa sendiri pikiaq depa sendiri kata. Hujah tarak, fitnah berlambak. Sikit masa lagi Depakata buleh jadi Depavali.

Lan Jeniang said...

Pyianhabib, terima kasih kerana berkunjung ke sini. Semenjak jadi 'budak london' gua belum segan lagi makan petai sambil minum mocha..

Lan Jeniang said...

Basuh Baju, kalau datang london mai landing rumah aku dulu.

Pyanhabib said...

lanjeniang, bayangkan sambal lawan petai lawan nasik panas. bayangkan nasik panas lawan sambal lawan petai... adoiiii!
(bayangkan orang jeniang dok memetai masa tala nasik!)

Lan Jeniang said...

brader pyian, lu bikin kecuq ayaq liuq gua.(petai tenyeh dengan tempoyak, backup gelama masin tala nasik panas! Wwaaaaa...mak aku nak balikkkk!!!)