Thursday, July 30, 2009

Bila Khir Toyo Cakap Pasal Judi

Khir Toyo mendedahkan bermacam-macam kepincangan yang berlaku di Selangor sejak diperintah oleh pakatan rakyat.

Antaranya ialah lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa yang beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.

‘‘Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram.” Khir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (Yayasan Bakti) di Ampang.

Lan Jeniang: Aku pelik. Baru setahun memerintah, konon dah ada 4000 tempat judi? Ini dah macam cerita orang menikah seminggu, boleh beranak dua tiga orang. Biaq betoi Mat Tempe ni?

Kut ya pun ada, ketua polis negara buat apa selama ini, tidoq? Dulu boleh batal guna dakwat mengundi sebab konon dapat kesan 4 orang seludup dakwat. Cekap pulak polis. Beribu rakyat kena tahan tanpa bukti di ISA, polis nampak pulak. Tapi 4000 pusat judi tak nampak? Atau khir sendiri ada share dalam pusat judi tu? Patut la mampu beli Istana Bali 24 juta..

Bodo piang umno ini. Siapa punya pusat judi genting yang terbesaq di asia tu? Siapa yang lindung Ananda Krishnan taukeh judi ekor terbesar asia? Siapa yang lepak di Bar sambil raba bontot GRO? Osu Sukam pemimpin melayu yang kantoi berjudi sampai 27 juta di London tu pulak parti mana? Bukan ke Adnan Mansor yang beria-ria nak bukak disko, pusat judi dan Bar sampai 5 pagi?

Kalau anak Mahathir pun mampu beli kilang arak San Miguel Brewery Inc. yang terbesar di Philipina, takkan la anak-anak pemimpin Umno yang lain tak boleh follow sama. Kurang2 tumpang teguk..

Ini kes nak cover 'member' yang bunuh orang la ni. Khir nak bagi tau rakyat, kununnya ada orang yang lompat bangunan sebab lindung pusat judi. Ini semua akai penipu cap penyapu Mat Tempe aja!

Wednesday, July 29, 2009

FITNAH DULU, LEPAS TU MINTA MAAF

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Sunday, July 26, 2009

Tahniah Tuk Din!

Tuk Din and family officially launched their new opening restaurant, 'TukDin' at 41 Craven Road. A great restaurant setting, supported with a nice location, a very much short walking distance to Paddington Station, and easy walking from 'istana hinggap aku..kehkeh' . - Brader pyian, kalau nak try memetai sambil tala nasik panas mai la.. (stok petai limited)

Tuk Din is well known as one of the great chefs by Malaysian community here in UK generally, and London especially. Ala-ala sifu gitu. This high reputation comes with his huge contribution to community activities and strong relationship with Malaysians. Katanya semua kawan jadi pelanggan.

Buat Tuk Din, we pray to Allah for the success of Tuk Din's restaurant. All the best. Rega biaq murah janji makan sedap..kehkeh

Thanks for the friendship

When the student is ready, the teacher will appear.
Knowledge is understanding that a tomato is a fruit.
Wisdom is not putting it in a fruit salad.

Saturday, July 25, 2009

HARGA NYAWA RAKYAT


Sekotak beras basah
ditampi tidak berlayang
diindang tidak berantah
hujung tidak disudu itik

Tinggi disigai
besar ditebang

Terkilan-kilan di hati
terkerlang-kerlang di mata
terasa-rasa bak duri dalam daging

Wednesday, July 1, 2009

CATATAN ANAK RANTAU


Tadi, bilik aku telah dihuni oleh seorang pelajar dari University of Warwick yg juga merupakan sahabat lama aku di Jordan. Untuk pengetahuan, University of Warwick telah mula bercuti selama 5 minggu. Aku? Lagi 2 minggu baru cuti, sabar2. Dr. Shah pula akan pulang ke Malaysia selama sebulan, waaa, jeles!



Dr. Shah sampai ke stesen tube Gloucester Road sekitar jam 11 malam. Dah mengantuk aku time tu, cis! Namun, ku gagahkan jua mengharungi kesejukan malam yang menggigit untuk membawa rakanku ini pulang ke istana aku yg serba sederhana ini. Kami berborak girang sambil mengutuk umno sehingga tidak sedar, hampir pukul 2 pagi rupanya.

Kami bangun sekitar jam 4.50 pagi untuk bersolat Subuh. Subuh di UK sekarang dah makin awal, start jam 4.23 pagi dan berakhir jam 6.15 pagi. Cabaran yg perlu aku hadapi, yeah!

Kemudian, kami breakfast sikit, pastu, kami sambung balik tido, wahaha. Menjelang jam 9 pagi, kami bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekitar London. Disebabkan Dr. Shah nak beli jersey bola, aku membawa beliau menaiki bas 14 ke Piccadily Circus, untuk membeli baju di Lillywhites. Alhamdulillah, bertemu dengan baju yg diingini.



Kemudian, kami sekali lagi menaiki bas 14 menuju ke Harrods. Dr. Shah ingin membeli cenderahati untuk ibu dan bapanya. Sungguh best di Harrods ni. Sekaki payung berharga 195 pounds! Namun, setelah kami mencari2 barang yg 'agak murah', akhirnya, Dr. Shah membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang ke negara tercinta. Bangga beliau memegang dua plastik Harrods!
HIDUP INI MEDAN PENGORBANAN



" 2.00 am.. study!!!"


Lupa kejap pasal politik. Hidup sebagai pelajar merupakan saat paling manis dalam kehidupan. At least, inilah yang sering orang2 lebih tua daripada aku yang telah menempuhi lebih banyak zaman sering nasihatkan. Jadi, gunalah sebaik-baiknya zaman pelajar kita ini, jangan sesekali dipersiakan.

Dulu, aku rasa menyampah betul jadik pelajar (time 1st & 2nd degree). Terikat dengan banyak peraturan, terikat dengan study, tekanan peperiksaan. Namun, semakin umur meningkat, aku sedar, zaman pelajar inilah hakikatnya jadul hidup kita amat fleksibel. Tak terikat dengan waktu kerja, tak terikat dengan majikan dan sebagainya. Lebih2 lagi di luar negara. Kita sendiri merancang hidup kita.

Tiada lagi ibu bapa yang akan menegur kesilapan kita. Cuma anak bini sebagai pelita hati. Hanya ada rakan2 dan orang sekelling yang menjadi sandaran dan harapan.

Kepada yang masih bergelar pelajar. Fikirkanlah, zaman belajar hanya sekejap je. Jadi, kenapa tidak kita pergunakan sebaiknya. Masa zaman pelajar inilah banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba. Bukan hanya pergi ke kelas kemudian pulang dan enjoy life. Masa yang banyak ketika belajar ini sepatutnya perlulah kita salurkan untuk aktiviti dakwah dan menyumbang kepada agama dan masyarakat.

Memang letih. Memang penat. Memang semput. Namun, inilah tarbiyah untuk kita membimbing diri ke arah pengurusan yang lebih efisien. Pengurusan masa, perkembangan nilai2 kendiri, kepimpinan, dan macam2 lagi. Apabila kita mengaku menjadi Islam, apakah ertinya? Jika kita imbau kitaran hidup kita, kita bangun, makan, pergi ke kelas, balik, belajar, tidur dan kitaran ini berulang saban hari.

Apakah tujuan hidup kita? Apakah beza tujuan hidup kita dengan non-muslim? Jadi, tanya kembali diri ini, apakah ertinya kita sebagai Islam?Cukupkah rasanya dengan bersolat, berpuasa, zakat kita akan masuk ke syurga? Para rasul, sahabat Nabi, para ulama' kesemuanya diuji dengan hebat sekali. Peluh, darah, penghinaan, penyeksaan, itulah perjuangan mereka untuk menegakkan Islam, kerana mereka tahu, ganjaran syurga menanti. Tapi kita? Ajak dengar ceramah pun susah!

Apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita declare diri kita sebagai Islam, hakikatnya, kita telah menandatangani kontrak untuk berintima' dengan Islam. Kita menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dan bekerja untuk Islam. Kita berjanji untuk melaksanakan ajaran Islam. Solat, puasa, zakat, haji , ekonomi, munakat, muamalat, jenayat, hudud dan semua yang islam perintah wajib kita taat. Jadi, layakkah kita mengeluh, layakkah kita mengadu letih, sedangkan memang itu tugas kita, memang itu janji kita?

Jadi, ingin aku seru diri ini dan diri pembaca, hidup ini bukan untuk bersenang-lenang. Hidup ini medan untuk kita bekerja bersungguh2, hidup ini medan pengorbanan, hidup ini medan untuk kita menghambakan diri kepada tugas-tugas agama. Rehat yang sebenar adalah apabila kita mati. Kelapangan yang sebenar adalah sewaktu di syurga penuh nikmat.